KEPUPUSAN HAIWAN

     Kepupusan haiwan bermaksud lenyapnya atau sudah tiada lagi haiwan dibumi ini. Berikut adalah contoh haiwan yang sudah pupus:



1. BURUNG DODO


Burung Dodo adalah burung jinak dari kepulauan Mauritius. Burung ini tidak boleh terbang. Dodo adalah burung yang tidak takut terhadap manusia dan Dodo juga tidak boleh terbang yang membuatkan Dodo senang ditangkap oleh manusia.Haiwan ini pupus kerana diburu oleh pelayar yang singgah di Mauritius. Telurnya pula diamakan oleh tikus dan kucing.



2. MAMOT


Mamot adalah  haiwan yang menyerupai seekor gajah yang hidup pada zaman ais. Mamot mempunyai ganding yang panjang. Ianya hidup pada zaman Pliocene kira-kira lima juta tahun lalu sehingga zaman Holocene iaitu kira-kira 4500 tahun yang lalu.



3. QUAGGA


Quagga mempunyai badan yang sebahagiannya menyerupai kuda dan sebagiannya lagi menyerupai  kuda belang. Quagga pupus akibat pemburuan lampau manusia  yang berusaha untuk mendapatkan daging dan kulitnya. Ia dulunya pernah dijumpai dalam jumlah yang besar di Afrika Selatan.



4. HARIMAU JAWA


Harimau Jawa ialah spesies harimau yang pernah kelihatan di Pulau Jawa,Indonesia. Spesies ini sudah pupus sejak 1980-an dikeranakan kegiatan memburu manusia dan kemusnahan habitat. Spesies terakhir harimau ini dijumpai pada tahun 1972.



5. T-REX


T-Rex menyerupai cicak raksaksa yang hidup di zaman dinasaur. Selain T-rex, hampir semua haiwan zaman dinasaur telah pupus. Nama asal T-Rex ialah Tyrannosaurus rex tetapi biasanya disingkatkan kepada T-rex. T-rex merupakan haiwan karnivor yang hanya memakan daging.



6. HARIMAU BERTARING LENGKUNG


Harimau bertaring lengkung hidup pada zaman ais. Harimau bertaring lengkung mempunyai taring sepanjang 30 cm. Sebenarnya, Harimau Bertaring Lengkung bukanlah harimau melainkan kucing prasejarah yang dikenali sebagai smilodon fatalis.


Comments